MIMI SI BUDAK BULU


Semenjak kami tinggal di rumah sewa ni, ada tambahan ahli baru kat rumah ni. Sis rasa dia ni dah tua juga. cuma acah-acah macam budak. perangai kalahkan Bujibu kucing Hanis & Hairul tu. 


MIMI / JANDA BERHIAS/ TIADA ANAK / MASIH AVAILABLE

semenjak kehadiran dia datang. banyak belajar erti kesabaran dan ketenangan.kewujudan mimi membuat aku belajar dan persiapan diri akan datang. 

  • Setiap malam mengiau. kes nak tidur sesama. nanti dah buka pintu tidur luar juga !
  • Tidak akan makan makanan manusia selain biskut kucing yang berkualiti. yang repack-repack tu tak makan wei !
  • Takut dan dengar cakap dengan suami. dengan sis jangan  haraplah dia nak dengar. sis kena buli adalah.
  • Tak akan poo dalam pasir kalau penuh ! sanggup tunggu sis bersihkan. dan dia akan poo setelah sis siap semua.
  • Biskut yang lebih dari 2 jam. dia tidak akan makan. walau apapun terjadi !
  • Tak suka mandi ! 
  • Takut dengan orang. Dia akan jadi ganas dengan orang yang tak kenal !

itu antara yang sis perasan buat masa ni. mimi ni kucing pertama yang bertahan dengan kami. dari dalam sangkar, bebas kat rumah dan sekarang dia bebas keluar rumah. kes nak khawin tahun lepas. terus tak nak duduk rumah ! gatai !

dulu bila balik kampung sanggup bawa mimi. paling best bawa balik rumah mak. semua sayang dia. kadang-kadang si mimi ni, tak nak balik. dia akan mengganas kalau ajak balik. serius. perangai macam budak kecik !

sebelum balik kampung prepair sangkar / pasir / makanan semua. acah-acah macam nak balik seminggu. padahal 1 malam je! hahaha tapi sekarang dia dah pandai berdikari. tinggalkan makanan/minumandah cukup. tapi tu lah, cuma makan je dia tak pandai cari. cerewet pulak tu. alahai !

next entry nanti sis akan update pasal penyakit yang terjadi kat mimi. kesian sangat. 
jumpa lagi. nasib perasan awal. kalau tak berulat tempat tu ! Jeng Jeng Jeng
Assalamualaikum !







Ulasan

Catatan Popular